suria

Polis tahan lelaki larikan 2 kanak-kanak perempuan, suspek ada rekod jenayah lampau

Dua kanak-kanak perempuan dilarikan pada Jumaat.

SEORANG lelaki yang didakwa melarikan dua kanak-kanak di Taman Ikan Emas, Kuala Selangor, akhirnya ditahan polis pada awal pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, suspek yang berusia 32 tahun ditahan di Jeram pada pukul 2.40 pagi.

“Kami masih menyiasat motif di sebalik penculikan itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak hilang ketika bermain dekat gerai, ibu bapa sedang berniaga

Mohd Ambia berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan pecah rumah dan kini direman selama lima hari.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa memastikan kanak-kanak dipantau ketika berada di luar,” katanya.

Pada Jumaat, dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun diculik oleh seorang lelaki di Taman Ikan Emas.

Dua mangsa kemudian ditemui berhampiran rumah mereka di Taman Kelisa kira-kira jam 7.45 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain