suria

2 beradik kemaruk seks tak sempat guna ‘khidmat’ pelacur, bilik hotel diserbu Imigresen

Serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.

DUA beradik dari Pahang dicekup ketika melanggan pelacur di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, Melaka, dalam satu serbuan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.

Kedua-dua beradik lelaki berusia 31 dan 30 tahun itu, mendakwa mereka membayar RM250 setiap seorang bagi mendapatkan 'khidmat' tersebut, pada Rabu malam.

Ketika disoal siasat oleh anggota JIM, mereka juga memaklumkan tidak sempat menggunakan 'khidmat' itu apabila bilik hotel masing-masing diserbu pihak berkuasa, kira-kira pukul 9.30 malam.

Mereka turut mendakwa mendapatkan perkhidmatan itu menerusi aplikasi sembang WeChat ketika bercuti di Melaka, sebelum janji temu ditetapkan oleh wanita warga asing di hotel sama.

Sementara itu, Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada tiga operasi dijalankan jabatan itu dengan menyasarkan pendatang asing tanpa izin (Pati) di sekitar Jasin dan Melaka Tengah.

"Kita menahan 13 warga asing, termasuk seorang warga Pakistan dan seorang warga India di sebuah kedai gunting rambut di Jasin, manakala 11 lagi ditahan di tiga hotel bajet di Melaka Raya.

"Sembilan wanita turut ditahan, masing-masing tiga dari Indonesia, Thailand dan Vietnam, yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran," katanya pada Khamis.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai permit sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,permit atau pas sempadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain