PILIHAN Raya Kecil (PRK) Nenggiri bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Rizwadi Ismail (Perikatan Nasional). Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi Sabtu. SPR menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal yang ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terbabit memilih mengundi secara pos. PRK Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun. Pada Pilihan Raya Kelantan Ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi bertanding di bawah tiket PAS, menewaskan calon, BN Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube