suria

Tiga anggota polis curi komponen motosikal di stor barang kes... Rupanya suspek peminat tegar RX-Z

Mencuri adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan Bernama

SERAMAI tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RX-Z di stor barangan kes.

Kes kehilangan itu berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata semua suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 32 tahun.

Katanya, ketiga-tiga anggota terbabit ditahan selepas pihaknya mendapati berlaku kehilangan komponen enjin motosikal di stor simpanan terbabit.

"Siasatan mendapati dua suspek memiliki motosikal jenis sama dan merupakan peminat tegar motosikal RX-Z," katanya.

Kata Hanyan, reman ke atas semua suspek berakhir hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang menyalah guna kuasa dan amanah yang diberikan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain