SEORANG remaja lelaki ditahan kerana didakwa melakukan serangan seksual ke atas rakan perempuan di sekolahnya yang berusia 16 tahun. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata suspek yang berusia 17 tahun didakwa memaksa mangsa untuk membuat seks oral sambil memegang payudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. "Mangsa memberitahu dia dibawa ke rumah berkenaan sekitar pukul 2 petang pada 25 Julai. "Dia mendakwa suspek memasukkan kemaluan ke dalam mulutnya sambil meraba payudara. "Mangsa terus memaklumkan kejadian tersebut kepada guru disiplin dan membuat laporan polis pada hari sama," ujar Mohd Azam menerusi satu kenyataan pada Sabtu. Tambahnya, suspek ditahan pada Jumaat kira-kira pukul 9 malam di Hulu Kelang. "Suspek sudah direman hingga 15 Ogos. "Kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube