suria

Berita baik! Penjawat awam dapat kenaikan gaji hingga 15 peratus

Anwar mengumumkan kenaikan gaji buat penjawat awam, pada Jumatat.

BERITA baik! Penjawat awam menerima kenaikan gaji sebanyak 15 peratus buat pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.

Bagi pegawai kumpulan pengurusan tertinggi menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus.

Penyelerasan gaji penjawat awam itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat.

Menurut Anwar, kenaikan gaji itu akan diberikan kepada penjawat awam dalam dua fasa, bermula 1 Disember 2024 bagi fasa satu, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026.

"Pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, pelarasan gaji bagi fasa satu adalah 8 peratus, manakala dan penyelarasan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus.

"Manakala bagi kumpulan pegawai pengurusan tertinggi sebanyak 4 peratus pada fasa 1, manakala fasa 2 pula sebanyak 3 peratus.

"Kita berharap ini akan memberi motivasi kepada perkhidmatan awam supaya berusaha yang terbaik untuk negara," katanya.

Anwar turut berharap kenaikan gaji itu mencukupi untuk menangani kadar inflasi yang melambung tinggi ketika ini.

"Sebelum ini, 12 tahun lalu, penjawat awam hanya menerima kenaikan 5.8 peratus, sedangkan inflasi 21 peratus," katanya. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain