suria

BN menang PRK Nenggiri dengan majoriti 3,352 undi

Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (tiga, kanan) memenangi kerusi Nenggiri dengan memperoleh 9,091 undi.

CALON Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan menang secara rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Mohd Azmawi memperoleh 9,091 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 undi, dalam pertembungan satu lawan satu.

Mohd Rizwadi memperoleh sebanyak 5,739 undi.

Dengan kemenangan Mohd Azmawi, BN berjaya mendapatkan kerusi ketiganya di DUN Kelantan. Baki 42 daripada 45 kerusi disandang oleh Perikatan.

PRK Nenggiri diadakan selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain