suria

Tukang tilik disyaki rogol wanita dicekup polis

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -Gambar hiasan

SEORANG tukang tilik berusia 34 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang wanita di Puchong, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan, membuat laporan polis kira-kira pukul 1.54 pagi Jumaat (16 Ogos), mendakwa dia dirogol.

"Siasatan awal polis mendapati, pengadu yang merupakan wanita tempatan mengenali suspek melalui sosial media yang dipercayai boleh menilik nasib dan membuang nasib buruk pengadu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena ‘ratah’ dalam kereta, semak! Budak 11 tahun dirogol 4 lelaki bergilir-gilir

Bertindak atas laporan pengadu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek kira-kira pukul 11.15 malam Jumaat di Puchong, katanya.

"Suspek direman sehingga Rabu (21 Ogos).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Wan Kamarul Azran turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu atau berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain