suria

Kesilapan manusia oleh kru penerbangan punca utama nahas pesawat di Shah Alam

Agensi penguatkuasaan dan kecemasan terlibat membuat pemeriksaan di lokasi kejadian

PELUASAN tidak sengaja 'lift dump spoiler' oleh kru penerbangan semasa pemeriksaan sebelum melakukan pendaratan merupakan faktor utama nahas Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Punca tragedi yang mengorbankan enam individu pada 17 Ogos tahun lalu, didedahkan dalam laporan akhir nahas yang dikeluarkan Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Selain itu, laporan turut mendedahkan kru terlibat tidak mendapatkan latihan yang mencukupi selain kurang kesedaran tentang operasi sistem 'lift dump'.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang terlibat nahas dah 4 tahun menduda, bapa akan jaga tiga cucu - “Yang perempuan paling terkesan, bongsu belum faham”

Berdasarkan laporan setebal 148 muka surat yang dikeluarkan pada Jumaat, tindakan tersebut menyebabkan kehilangan lif secara tiba-tiba seterusnya mengakibatkan kehilangan kawalan dan kemalangan.

Laporan itu juga mendedahkan beberapa penemuan penting yang menjadi punca kemalangan pada pesawat Model 390 Premier 1 itu.

"Penyimpangan daripada Protokol Tempat Duduk yang menyatakan susunan tempat duduk anak kapal menyimpang daripada protokol yang ditetapkan, dengan Pilot-in-Command menduduki tempat duduk sebelah kanan dan Second-in-Command di tempat duduk sebelah kiri, bertentangan dengan pesawat.

"Penyimpangan ini berkemungkinan menyumbang kepada pengurusan sumber dan komunikasi kru yang tidak berkesan.

"Latihan dan pengetahuan anak kapal yang tidak mencukupi mengenai operasi sistem pembuangan lif adalah faktor penyumbang kepada kemalangan. Ketidakbiasaan Komandan Kedua dengan risiko khusus yang berkaitan dengan sistem pembuangan lif membawa kepada lanjutan spoiler secara tidak sengaja," menurut laporan itu.

Selain itu, Laporan Akhir turut menyatakan kawasan kelabu kawal selia dan amalan organisasi menjejaskan pengawasan dan pematuhan keselamatan.

"Kegagalan pengendali pesawat untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk perkhidmatan udara tidak berjadual dan mematuhi peraturan Malaysia menyerlahkan jurang dalam pengawasan operasi.

"Selain itu, komunikasi yang tidak berkesan dan proses membuat keputusan terbukti semasa fasa kritikal penerbangan. Ketiadaan taklimat atau amaran khusus mengenai operasi sistem pembuangan lif dan keputusan untuk menyimpang daripada protokol tempat duduk standard menggariskan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan," dedah laporan tersebut.

Untuk rekod, tragedi 17 Ogos 2023 yang mengorbankan 10 individu termasuk lapan penumpang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.

Turut terkorban, seorang anggota Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain