suria

Budak 8 tahun maut dengan kesan cedera di muka, badan... Suami isteri ditahan kes bunuh

Seorang budak perempuan berusia lapan tahun maut dengan kesan cedera di muka dan badan. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Susulan itu, sepasang suami isteri ditahan berhubung dakwaan mendera anak perempuan mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis menerima maklumat mengenai kematian mangsa di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada kira-kira 3.27 petang Sabtu.

"Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Noor Ariffin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Susulan itu, katanya, sepasang suami isteri masing-masing berusia 29 dan 28 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Tasir Puteri, Rawang pada pukul 9 malam Sabtu.

"Suspek lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isteri merupakan pembuat aiskrim.

"Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 24 Ogos ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain