suria

Dibunuh, dirogol! Polis dedah punca budak hilang ditemukan mati dalam paya

Mayat seorang kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan dipercayai dirogol dan dibunuh. -Foto JAKOA Daerah Kuala Kangsar

KANAK-kanak perempuan Orang Asli berusia 10 tahun yang ditemukan mati di sebuah paya di Kampung Bersah di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, pada Sabtu dipercayai dirogol dan dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di leher dan koyakan pada bahagian sulit mangsa.

"Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai mungkin dibunuh di tempat lain dan dibuang di paya itu.

"Kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kini diklasifikasikan semula sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media, Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak perempuan hilang ditemukan mati dalam paya

Terdahulu, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan hilang sejak Jumaat dan mayatnya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada Sabtu kira-kira pukul 4.30 petang.

Mohd Khaizam berkata, seorang saudara terdekat mangsa ditahan kira-kira pukul 5.30 petang Ahad.

"Remaja berusia 17 tahun itu ditahan di rumahnya di kampung tersebut.

"Kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahannya esok," katanya sambil menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil kepada polis bagi membantu siasatan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain