suria

Tanah mendap ketika sedang berjalan di Masjid India, wanita dikhuatiri tertimbus sedalam 10 meter

Pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian. Foto Bomba

MALANG tidak berbau, seorang wanita dipercayai terjatuh dan tertimbus di bawah tanah mendap sedalam kira-kira 10 meter, dalam satu kejadian dekat Masjid India, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Mangsa merupakan warga asing yang juga pelancong dari India terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 8 pagi.

Usaha pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan. Foto Bomba

Dilaporkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyatan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.22 pagi.

Menurutnya, seramai 15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan bantuan daripada Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Mohd Riduan Akhyar mengesahkan terdapat seorang mangsa wanita terjatuh ke dalam lubang yang tertimbus di bawah tanah.

"Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah ke lokasi kejadian," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain