suria

Lelaki hadapi tiga pertuduhan... Didakwa bunuh isteri, 2 anak

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah majistret atas tiga pertuduhan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki etnik Rohingya berdepan dengan tiga pertuduhan atas dakwaan membunuh isteri dan dua anaknya serta kesalahan dadah.

Dia dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di Alor Setar, pada Khamis.

Pertuduhan tersebut dibacakan terhadap Abdu Gapur Doli Ahmad, 43, di hadapan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor dan Majistret, Nur Syifa Mohd Hamzah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat 2 beranak dengan kesan kelar ditemukan dalam longkang... Warga asing berusia 43 tahun direman seminggu bantu siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ketiga dipercayai mangsa kelar warga asing ditemukan terdampar di pantai

Tertuduh didakwa membunuh Nor Begam Md Yasin, 34, di belakang sebuah bangunan kosong, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar antara pukul 11.30 malam, 18 Ogos hingga 12.30 tengah, 19 Ogos lalu.

Selain itu, tertuduh turut didakwa membunuh anak bongsunya, Abdul Hakim yang berusia satu tahun 11 bulan di hadapan sebuah premis di Lorong Tunku Muhammad, Jalan Pegawai, Alor Setar pada 12.45 pagi, 19 Ogos lalu.

Sementara itu, tertuduh pula didakwa membunuh anak sulungnya, Lianaata, 10, di lokasi dan tempoh masa sama seperti ibunya.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan.

Bagi kesalahan dadah, tertuduh mengaku bersalah memasukkan dadah jenis Amphetamine; Methamphetamine dan Morfin selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syifa.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, pada pukul 1.50 pagi, 20 Ogos lalu.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh bagi kesalahan dadah kerana dia disabitkan bagi kes di bawah Seksyen 302, selain disebabkan faktor warga asing.

Majistret menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan forensik termasuk laporan patologi bagi hukuman untuk kesalahan dadah.

Terdahulu, dilaporkan mengenai seorang lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Lelaki berkenaan ditahan di Masjid Bukit Pinang pada malam Isnin. Turut bersamanya adalah anak lelaki berusia lima tahun yang dijumpai selamat, namun trauma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain