suria

CLAB sedia kaedah terbaik atasi kebanjiran pekerja asing industri binaan, jadikan CLQ platform pengurusan berintegrasi

Situasi penempatan warga asing yang disediakan segelintir majikan tidak mengikut piawaian JTK.

KEPERLUAN dan permintaan pasaran buruh menjadi punca berlakunya kebanjiran pekerja asing di bandar-bandar utama sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pada 30 Mei lalu tular rakaman video dan foto yang memaparkan lambakan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Bagaimanapun memetik kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh, kebanjiran tersebut disebabkan berlakunya peningkatan jumlah penerbangan pekerja asing bagi memenuhi permintaan semasa.

Berdasarkan rekod, pada kebiasaannya ketibaan harian pekerja asing adalah antara 500 hingga 1,000 orang sehari berbanding 2,500 orang sehari pada 22 Mei lalu.

Pekerja warga asing yang dibawa masuk oleh CLAB diuruskan dengan sebaiknya.

Pekerja warga asing yang dibawa masuk oleh CLAB diuruskan dengan sebaiknya.

Namun jumlah itu terus meningkat mencecah 4,000 hingga 4,500 orang sehari pada 27 Mei.

‘Lambakan’ yang berlaku itu membuatkan masyarakat menzahirkan rasa bimbang berikutan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan jumlah warga asing yang terdapat di Malaysia adalah sekitar 3.4 juta.

Menyedari situasi yang berlaku pada masa ini, Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB), yang merupakan anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), tampil berkongsi langkah terbaik bagi mengawal kemasukan dan bilangan pekerja warga asing di Malaysia.

Pengurus Besar CLAB, Razali Tamby Chik berkata, pihaknya mempunyai garis panduan dalam pengurusan pengambilan pekerja warga asing khususnya bagi sektor pembinaan.

Malah katanya, selain mengikut arahan yang ditetapkan CIDB, setiap individu yang dibawa masuk akan ditapis dan disaring sepenuhnya terutama melibatkan isu kesihatan mahupun jenayah.

Pekerja warga asing yang dibawa masuk akan diberikan kursus terlebih dahulu.

Pekerja warga asing yang dibawa masuk akan diberikan kursus terlebih dahulu.

“Mereka yang dibawa masuk perlu menghadiri kelas dan lulus kuiz kefahaman yang diberikan sebelum menerima sijil kursus, selain turut diberi taklimat tentang peraturan pusat penempatan pekerja berpusat (CLQ), undang-undang dan budaya di Malaysia.

“Selain itu mereka turut dibantu untuk membuka akaun bank di samping pemberian sim kad telekomunikasi.

“Pada masa sama, saringan kesihatan Fomema (Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing) dibuat dan individu yang mempunyai penyakit kronik seperti batuk kering (TB), HIV serta kusta akan dihantar pulang serta merta,” jelasnya sambil berkata tempoh pengurusan hanya mengambil masa empat hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Lambakan pekerja binaan asing di Malaysia: CLAB sedia urus sepenuhnya... Pengambilan lebih sistematik, kebajikan terjaga

ARTIKEL BERKAITAN: Penginapan pekerja asing selesa di CLQ... Fasiliti lengkap macam huni kondo, setanding negara lain!

ARTIKEL BERKAITAN: MHO gesa wujud mekanisme urus lambakan pekerja asing, puji usaha CLAB

Memperincikan kaedah yang diamalkan, Razali berkata, warga asing yang dibawa masuk akan dihantar ke CLQ terlebih dahulu dan mengikuti kursus yang dianjurkan sebelum diserahkan kepada majikan masing-masing.

Bilik tidur dan katil yang disediakan menepati piawaian yang ditetapkan JTK.

Bilik tidur dan katil yang disediakan menepati piawaian yang ditetapkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Ujar beliau, terdapat lebih 30 penempatan CLQ di bawah pengurusan CLAB yang terletak di sekitar Johor, Selangor atau tempat yang mempunyai banyak pembinaan antaranya Pelabuhan Klang.

“CLQ ni untuk transit tetapi majikan boleh memohon jika mahu pekerja mereka tinggal di situ. Kalau di Petaling Jaya (Selangor), boleh menempatkan 6,000 penghuni pada satu-satu masa.

“Bezanya CLQ dengan rumah kongsi yang lain adalah kita mengikut kriteria kerajaan di bawah Akta 466 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990).

“Semua fasiliti ada termasuk kemudahan bilik tidur, tilam lebih empat inci, tempat memasak disediakan, tandas, tempat istirehat serta kawalan keselamatan,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, CLAB juga menyediakan kemudahan surau sendiri yang boleh dijadikan ruangan solat Jumaat.

Proses kemasukan pekerja binaan asing melalui CLAB. Sumber CLAB

Sementara itu, Ketua Eksekutif CLAB, Datuk Abdul Rafik Abdul Rajis pula memberitahu, setiap pekerja yang dibawa masuk akan dijaga dengan rapi bermula dari ketibaan di KLIA sehinggalah diserahkan kepada majikan.

Bagaimanapun, pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa setiap warga asing yang berdaftar kerana permit mereka berada di bawah CLAB.

“Pembaharuan permit adalah RM300 manakala warga asing yang pertama kali masuk perlu membayar RM500 bagi kos pengurusan.

“Pekerja terlibat juga boleh menghubungi kita pada bila-bila masa sekiranya mereka merasakan diri teraniaya.

"Bahkan kita akan membantu majikan apabila terdapat pekerja mereka yang melarikan diri. Seterusnya pekerja tersebut akan disenarai hitam jika melakukan kesalahan seperti mengikut rakan senegara,” katanya sambil menambah CLAB turut membawa masuk kira-kira 200 pekerja asing sehari.

Dalam pada itu, Abdul Rafiq menggesa kerajaan mewujudkan satu mekanisme baharu bagi membanteras kewujudan kontraktor atau majikan yang bersikap lepas tangan dengan mengabaikan kebajikan pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini hingga mencetuskan pelbagai masalah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain