suria

Laporan kimia belum lengkap, kes bunuh Nur Farah Kartini disebut semula 7 Oktober

Mangsa didakwa mengugut suspek menyebabkan dia dibunuh.

MAHKAMAH Majistret Kuala Kubu Bharu di Selangor menetapkan 7 Oktober depan untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat berhubung kes Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Asma Che Wan memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih menunggu laporan berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Lans Koperal suspek kes bunuh Nur Farah Kartini, bertugas di Perak

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Farah Kartini pemurah... Tak dapat balik, sanggup 'transfer' duit rai rakan di kampung sambut birthday

Terdahulu, peguam Nur Aida Md Zainuddin yang mewakili tertuduh mengesahkan perkara itu.

Difahamkan prosiding kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas segala urusan dan dokumentasi lengkap sepenuhnya.

Untuk rekod, Muhammad Alif yang merupakan anggota polis dari Balai Slim River didakwa atas tuduhan membunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, berhampiran Felda Gedangsa antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain