suria

Diajar meliwat dan diliwat! 402 kanak-kanak dan remaja di rumah amal GISB dieksploitasi

Serbuan PDRM menerusi Op Global di rumah amal kendalian GISB.

SERAMAI 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan daripada 20 rumah amal kendalian kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan, diselamatkan menerusi Op Global yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi Rabu.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kegiatan yang dilakukan di 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak lain.

Selain itu ujarnya, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki GISB melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Warden asrama liwat pelajar tahfiz dipenjara 133 tahun

Razarudin turut menambah, mangsa yang sakit tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal.

Ujarnya, mangsa yang diselamatkan akan menjalani saringan kesihatan sebelum proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.

"Proses ini dijangka mengambil masa 14 hari, namun tertakluk kepada keperluan lain," katanya dalam sidang media mengenai 'Op Global' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pada Rabu.

Ujarnya lagi, seramai 171 individu ditahan melibatkan 66 suspek lelaki dan 105 suspek perempuan.

Sehubungan itu, empat kertas siasatan dibuka di Negeri Sembilan dan empat lagi di Selangor di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017; Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001; Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 serta 14 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migram 2007 (ATIPSOM) dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu empat kertas siasatan yang dibuka di Negeri Sembilan telah dirujuk ke pejabat Peguam Negara, dengan satu daripada kertas siasatan berkenaan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain