suria

Lagi pesawat MAS berpatah balik, babit penerbangan ke Bali

Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bali dilaporkan berpatah balik ke KLIA. -Gambar hiasan

SEBUAH pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Denpasar, Bali dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada petang Rabu.

Menurut laman web FlightRadar24, pesawat bagi penerbangan MH853 itu berlepas dari KLIA berlepas dari KLIA kira-kira pukul 3.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pesawat MAS terpaksa berpatah balik, babit penerbangan ke Seoul

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat MAS dalam penerbangan ke Bangkok alami masalah tekanan, terpaksa berpatah balik ke KLIA

Pesawat itu mencapai ketinggian sekitar 8,000 kaki dan mengelilingi Selat Melaka sebelum mendarat semula di KLIA kira-kira pukul 5 petang.

Punca pesawat tersebut berpatah balik bagaimanapun belum dapat disahkan.

Kejadian itu susulan beberapa insiden membabitkan penerbangan MAS berpatah balik, pada tahun ini. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain