suria

Gelagat penduduk flat buang sampah buat netizen ‘sakit mata’, campak tak masuk tong! - “Patut print muka tampal di dinding”

Antara gelagat penduduk di sebuah flat yang membuang sampah mereka sambil lewa.

TIDAK dinafikan, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai mentaliti low class dan kurang kesedaran sivik lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal kebersihan.

Tidak kira di tempat awam, kawasan rekreasi atau pun perumahan, mereka tanpa rasa bersalah membuang sampah di lokasi yang tidak sepatutnya dengan anggapan ia adalah tanggungjawab pekerja pembersihan.

Terbaharu, tular sebuah video di laman sosial memaparkan gelagat sambil lewa penduduk di sebuah flat ketika membuang sampah di tempat pembuangan sampah sehingga mengundang kecaman warga maya.

Menerusi rakaman berdurasi sekitar 58 saat itu, kelihatan pelbagai ragam penduduk ketika membuang sampah dengan ada di antaranya mencampakkan bungkusan plastik sampah di tepi tong yang disediakan.

Ada yang sekadar mencampak plastik sampah dari jauh hingga menyebabkan ia 'tersasar' dan tidak masuk ke dalam tong.

Paling menyedihkan, mereka langsung tidak mempunyai rasa bersalah untuk mengutip semula plastik sampah sendiri sehingga menjejaskan pandangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas puas ‘healing’ tinggal sampah! Penduduk tepi sungai penat hadap pengunjung pengotor, lampin bayi pun ada

Video tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tempat pembuangan sampah di flat berkenaan, dipercayai terletak di Cheras, Selangor.

Rakaman itu tular selepas dimuat naik di laman X dan TikTok oleh pelayar media sosial.

pic 2

Seorang penduduk hanya membuang sampahnya di bawah tong yang disediakan.

"Jom kita belajar cara buang sampah dengan betul. Tak kira tua atau pun muda kena belajar okay. First bawa sampah, second target nak baling kat mana yang penting masuk dalam tong sampah... jangan luar tong sampah nanti susahkan orang lain pula.

"Hidup ni mudah je... kau senangkan kerja orang, insya-Allah hidup kau aman," demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kesal dengan mentaliti penduduk berkenaan yang masih mengamalkan budaya 'setinggan'.

"Apabila cakap miskin, marah. Adab tu miskin, habis semua tempias miskinnya. Management patut print je muka mereka tampal dekat dinding.

"Dah sampai depan-depan, tinggal nak masukkan elok-elok je ke dalam tong sampah. Boleh pula main tabur macam tu je. Mereka inilah sampah masyarakat sebenar.

"Perangai sampah sah-sah mentaliti pun auto sampah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain