SEORANG lelaki berusia 53 tahun cedera dalam kebakaran sebuah kedai dua tingkat di Taman Rambai Indah dekat Jenjarom, Selangor. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian berlaku kira-kira 5.15 pagi Sabtu (14 Sept). “Dua belas anggota bomba dari balai Banting dan Teluk Panglima Garang telah dihantar ke tempat kejadian. "Kedai itu musnah 70 peratus tetapi kami berjaya menyelamatkan mangsa yang cedera," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan, tambahnya. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube