suria

Tiga penumpang tersepit, bas persiaran langgar pembahagi jalan

Bas persiaran kemalangan mengakibatkan tiga penumpang cedera.

TIGA cedera parah manakala 31 lagi cedera ringan selepas bas dua tingkat yang dinaiki merempuh pembahagi jalan di Kilometer 273 arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan di Ipoh, Perak.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, tiga penumpang di dek bawah tersepit di antara tempat duduk selepas kejadian 1.10 pagi Isnin.

“Ketiga-tiganya berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.

“30 penumpang lain yang duduk di tingkat atas bas dan pemandu semuanya cedera ringan.

“Mereka berjaya turun sendiri dari kenderaan dan menerima rawatan daripada anggota perubatan,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 2.45 pagi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain