BEBERAPA pimpinan tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri ditahan polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 19 individu ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di beberapa lokasi, antaranya empat unit kediaman di Jalan Imbi kira-kira jam 5.40 pagi Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ahli kumpulan GISB Holdings mengaku tidak bersalah ugut wanita "Kami menahan 12 lelaki dan tujuh wanita dalam serbuan itu. "Kami sedang menyiasat mereka di bawah beberapa seksyen termasuk Seksyen 32(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom)," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Razarudin menambah, proses dokumentasi masih dijalankan dan polis akan memohon perintah reman mereka di Mahkamah Majistret Shah Alam. Pada Rabu (18 September), lima lelaki termasuk anak seorang pemimpin GISB ditahan berhampiran pos pemeriksaan sempadan Bukit Kayu Hitam. Mereka direman selama tujuh hari. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube