suria

Tiga pekerja madrasah Kuala Pilah ditahan, hadapi 14 tuduhan liwat kanak-kanak

Tiga lagi ditahan hadapi pertuduhan meliwat.

TIGA suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban untuk menghadapi 14 pertuduhan liwat terhadap kanak-kanak secara berasingan.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka merupakan pekerja di sebuah madrasah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings.

ARTIKEL BERKAITAN: Diajar meliwat dan diliwat! 402 kanak-kanak dan remaja di rumah amal GISB dieksploitasi

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat dakwaan 13 kanak-kanak diliwat, pemimpin GISB mungkin dipanggil beri keterangan

Sebuah van yang membawa ketiga-tiga mereka tiba di kompleks mahkamah Seremban pada pukul 9.10 pagi.

Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 20 dan 22 tahun itu ditahan semasa Op Global baru-baru ini.

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Minggu lalu, Bukit Aman menyerbu 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, terdiri daripada 201 lelaki serta 201 perempuan berumur antara satu hingga 17 tahun.

Susulan daripada itu, lima lagi lelaki ditahan berhampiran pusat pemeriksaan sempadan Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 6 petang Rabu, berhubung siasatan berterusan ke atas 20 rumah jagaan berkenaan.

Suspek berusia 28, 30, 37, 39 dan 41, disiasat mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 dan Seksyen 14 Atipsom 2022. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain