suria

Gara-gara tawaran komisen 30 peratus, lelaki kerugian lebih setengah juta... Terpedaya kenalan Facebook

Polis sentiasa bertindak pantas dalam membanteras jenayah dan kekerasan. -Gambar hiasan

TAWARAN komisen lumayan daripada hasil jualan membuatkan seorang lelaki mengalami kerugian berjumlah lebih RM500,000.

Mangsa yang berasal dari Muar, Johor Bahru pada awalnya ditawarkan ejen pemasaran produk elektronik dan kesihatan secara dalam talian dari seorang individu di Facebook.

Bagaimanapun, selepas melakukan transaksi ke lapan akaun berbeza, dia tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan.

Sebaliknya, dia diminta untuk membuat bayaran tambahan.

Perkara tersebut didedahkan Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz selepas mangsa membuat laporan polis.

Menurut beliau, lelaki berusia 44 tahun itu berkawan dengan seorang individu di Facebook dan ditawarkan pekerjaan sebagai ejen pemasaran.

“Mangsa diberi peluang menjual produk elektronik dan kesihatan secara dalam talian dengan komisen lumayan antara 10 peratus hingga 30 peratus daripada nilai jualan.

“Dia diminta mendaftar sebagai ejen melalui laman web yang disediakan dan menggunakan wang sendiri sebagai modal untuk memenuhi tempahan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Raiz Mukhliz, mangsa kemudiannya mendaftar sebagai ejen jualan dan membuat transaksi ke lapan akaun bank berbeza, berjumlah RM542,444.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang keuntungan dan diminta membuat bayaran lanjut tetapi enggan,” katanya.

Susulan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain