suria

Ustaz lempang sampai berdarah, kurung berbulan-bulan sambil hadap kiblat! Bekas penghuni bongkar kisah hitam rumah amal GISBH

Apa yang berlaku di rumah amal GISBH memberi kesan mendalam kepada bekas penghuninya.

DIPUKUL hingga cedera dan dikurung selama berbulan-bulan menjadi pengalaman hitam bagi seorang pemuda bekas penghuni di salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Berdasarkan pengakuannya, pemuda yang mahu identiti dirinya dirahsiakan itu mendakwa dia ditampar penjaga rumah amal terbabit sehingga menyebabkan telinganya berdarah dan dikejarkan ke klinik.

"Waktu itu saya darjah lima, masih boleh bersekolah. Saya duduk di rumah anak yatim. Penderaan saya paling teruk... saya masih ingat peristiwa disepak penjaga.

"Ketika itu sedang berselawat selepas solat, tapi saya bersembang dengan rakan, saya main-main dan bergurau senda," ujarnya menerusi satu rakaman video yang diberikan kepada mStar.

A total of 402 children were successfully rescued as a result of police raids on 20 charity houses believed to belong to a religiously motivated business group around Selangor and Negeri Sembilan on Wednesday. Photo: PDRM

Antara serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Global di rumah amal kendalian GISBH.

Mengimbau kembali tentang kisah penderaan itu, dia yang kini berusia 22 tahun berkata penjaga rumah amal yang dipanggil ustaz datang dari arah belakang lalu menamparnya sehingga terkena di bahagian telinga.

"Ustaz tu sepak saya. Masa tu (telinga) dah berdesing teruk dah, tapi saya tak check apa-apa lepas tu. Esok pagi lepas bangun tidur, tengok bantal dah penuh dengan darah, ada nanah.

"Apabila dikejarkan ke klinik, doktor tanya pihak penjaga, tapi diberi jawapan lain. Dia cakap kononnya saya bermain dengan kawan-kawan dan jatuh tangga.

"Dia tak beritahu cerita sebenar. Saya menanggung kesakitan itu sehingga ke hari ni," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diajar meliwat dan diliwat! 402 kanak-kanak dan remaja di rumah amal GISB dieksploitasi

ARTIKEL BERKAITAN: Polis periksa rumah disyaki dihuni ahli GISBH, jiran akhirnya buka cerita

Tambah pemuda dari utara tanah air itu, dia ditempatkan di rumah amal yang dikatakan sebagai penempatan anak yatim sedangkan masih mempunyai ibu bapa pengikut GISBH.

Memasuki usia belasan tahun, anak bongsu daripada lapan beradik itu memberitahu dia kemudiannya dipindahkan ke satu penempatan yang dikatakan sebagai pusat latihan.

"Di peringkat awal je kami diberikan pendidikan fardu ain. Kemudian umur 15 tahun saya dah lakukan kerja-kerja bina rumah, bertukang, baiki paip, plaster dinding.

Saya menanggung kesakitan itu sehingga ke hari ni.

BEKAS AHLI GISBH

"Kami ditempatkan dalam bilik kecil yang memuatkan 21 orang, makan minum macam biasa rutin pagi selepas tahajud dan subuh.

"Selepas itu kami dengar doktrin, yang dipanggil program motivasi pagi. Kami masuk bilik, buat benda sama sampai petang... hari-hari buat aktiviti sama," ujarnya.

Doktrin yang dimaksudkannya itu merujuk pada fahaman dan ketaasuban terhadap ketua kumpulan atau pemimpin gerakan yang dikatakan akan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.

Bukan itu sahaja, pemimpin kumpulan ini perlu diagungkan melebihi segala-galanya kerana membawa fahaman bahawa mereka merupakan satu-satunya jemaah yang didekati Imam Mahdi dan Rasulullah.

A total of 402 children were successfully rescued as a result of police raids on 20 charity houses believed to belong to a religiously motivated business group around Selangor and Negeri Sembilan on Wednesday. Photo: PDRM

Antara penghuni rumah amal GISBH yang diselamatkan menerusi Op Global.

Selain itu pemuda itu turut mendakwa pernah menjadi 'tahanan' di dalam sebuah bilik kecil secara berasingan selama lapan bulan dari pertengahan 2017 sehingga awal 2018.

"Ada satu hari tu saya buat salah, saya dikurung selama lapan bulan dalam sebuah bilik kecil. Sepanjang tempoh itu, selama dua bulan saya kena menghadap kiblat, tak boleh bercakap dengan sesiapa.

"Lepas keluar dari bilik tu, saya jadi mental, tapi mereka anggap saya terkena gangguan seperti kena rasuk sebab mereka tak nak kantoi dengan masyarakat," katanya.

Tanpa mendedahkan kesalahan yang dibuat, dia juga mendakwa pernah dipukul dengan sekumpulan 'abang-abang' daripada satu pertubuhan yang berkaitan dengan pemulihan akibat kesalahan seperti rokok dan dadah.

"Dalam tempoh lapan bulan ni, saya pernah dibelasah dengan abang-abang tu sedangkan saya baru berusia belasan tahun," dakwanya.

KOTA BHARU, 21 Sept --  Polis Kelantan hari ini menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan  keluarga pengurusan tertinggi GISB Holdings (GISBH)di Kampung Panji, di sini.Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan itu, bermula pada 6.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira 9 pagi.Polis turut merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISBH yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain ada yang turut dibakar.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan GISBH dikesan ditanam di tepi sungai di Kampung Panji, Kota Bahru, Kelantan.

Mendakwa ibu bapanya masih merupakan pengikut GISBH, dia bagaimanapun melarikan diri pada tahun lalu kerana tidak sanggup untuk terus berada dalam kehidupan seperti itu.

Dia yang kini melakukan kerja sambilan di Lembah Klang reda dibuang keluarga gara-gara enggan mengikut kefahaman yang diamalkan oleh ibu bapanya dalam GISBH.

Pada 11 September lalu, polis melancarkan Ops Global, menyaksikan serbuan ke atas 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH.

GISBH juga pernah dikenali sebagai cabang perniagaan al-Arqam iaitu sebuah ajaran sesat yang diharamkan pada tahun 1994.

Pada 17 September, polis berkata mereka sedang menyiasat GISBH sebagai sindiket jenayah terancang dan rumah kebajikan kanak-kanaknya tidak berlesen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain