suria

Wang tunai hampir RM900,000, pelbagai haiwan dirampas ketika Op Global

Beberapa premis perniagaan yang dipercayai berada di bawah pengelolaan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditutup semasa tinjauan baru-baru ini. -Foto Bernama

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai jenis barangan ketika serbuan Op Global membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB), antaranya wang tunai hampir RM900,000 serta haiwan termasuk kuda, arnab dan burung merak.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebanyak 138 akaun bank berkait GISB dengan dana berjumlah RM882,795 juga dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram A(MLATFPUAA) 2001.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis periksa rumah disyaki dihuni ahli GISBH, jiran akhirnya buka cerita

"Manakala 15 akaun lain telah ditutup. Ia adalah sebahagian daripada siasatan kami dalam Op Global," katanya dalam sidang akhbar di Pulapol Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ujarnya, polis turut menyita 38 kenderaan bernilai kira-kira RM3.8 juta bersama 14 lot tanah, katanya.

"Kita turut merampas 26 ekor haiwan terdiri daripada sembilan kuda, 14 arnab dan tiga burung merak.

"Selain itu juga dua jam tangan bernilai RM600 dan wang tunai RM18,650 turut dirampas," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain