suria

Perspektif baharu untuk sisa plastik... Program Star Next-Gen Eco Innovators pupuk penyelesaian inovatif, mampan

Chan Seng Fatt (empat, kanan) pada pelancaran program Star Next-Gen Eco Innovators. -Foto FAIHAN GHANI/SMG

SISA plastik menyesakkan planet kita, dan Malaysia berada di barisan hadapan dalam krisis ini.

Pada 2022, Dana Hidupan Liar Sedunia melaporkan bahawa Malaysia berada di kedudukan kelapan negara paling tercemar di dunia, status yang diburukkan lagi oleh isu alam sekitar yang terjejas teruk berkaitan sisa plastik.

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan masalah yang parah itu dengan mendedahkan bahawa satu juta botol plastik dibeli setiap minit di seluruh dunia dan lima trilion beg plastik digunakan setiap tahun.

Penyelidik memberi amaran bahawa menjelang tahun 2040, plastik boleh menyumbang 19 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global.

Statistik yang mengejutkan ini adalah satu amaran atau wake-up call. Sebagai bahan buangan ketiga yang paling lazim di planet ini, pencemaran plastik bukan sahaja menyakitkan pandangan, malah ia merupakan ancaman kritikal kepada alam sekitar dan kesihatan awam.

Dalam usaha untuk menangani isu yang semakin meningkat ini, Malaysia memperkenalkan projek tanggungjawab pengeluar lanjutan mandatori sebagai salah satu strategi utama yang diketengahkan dalam Rangka Kerja Pemuliharaan Plastik Malaysia 2021-2030.

Ia bertujuan merevolusikan pengurusan sisa dan memupuk penyelesaian yang inovatif dan mampan.

29263541

Program Star Next-Gen Eco Innovators

Bagi melibatkan generasi akan datang dalam usaha kritikal ini, Kumpulan Star Media Bhd (SMG) menganjurkan program Star Next-Gen Eco Innovators dengan mendekati pelajar universiti untuk menghasilkan penyelesaian yang inventif dan mampan.

Penglibatan mereka akan membantu memacu kesedaran dan advokasi dalam kalangan mahasiswa, memanfaatkan minda kreatif dan pemikiran inovatif sambil memupuk pemimpin dan inovator masa depan.

Edisi sulung program itu dimulakan dengan majlis pelancaran rasmi yang diadakan di Universiti Sunway di Petaling Jaya pada Sabtu.

Bertemakan ‘Mentransformasikan Sisa Plastik kepada Penyelesaian Mampan’, program ini mencabar mahasiswa untuk mencipta penyelesaian secara kreatif bagi menangani cabaran perniagaan dunia sebenar.

"Kita tidak mewarisi bumi daripada nenek moyang kita; kita meminjamnya daripada anak cucu kita... pepatah lama ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab untuk meninggalkan dunia yang lebih baik buat generasi akan datang.

"Ketika kita menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin meningkat, pencemaran dan kehabisan sumber, prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bukan lagi satu kemewahan – ia penting untuk kelangsungan perniagaan, komuniti dan ekosistem," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt.

Menurut Seng Fatt, tema program ini mencabar pelajar universiti untuk memikirkan semula cara kami mengurus dan menggunakan semula bahan plastik.

"Program ini adalah seruan untuk anda semua bertindak, inovator eko untuk generasi akan datang. Anda mempunyai kuasa untuk membentuk semula industri, mentakrifkan semula kemampanan dan membayangkan semula apa yang mungkin.

"Melalui semangat, inovasi dan dedikasi anda, kami boleh bergerak lebih dekat untuk merealisasikan dunia tanpa pembaziran," kata beliau lagi.

Coca-Cola Malaysia juga komited untuk menyokong program Star Next-Gen Eco Innovators.

SMG's STAR NEXT-GEN ECO-INNOVATORS campaign launch, in collaboration with Coca Cola. — FAIHAN GHANI/The Star

Dari kanan, Ketua Pegawai Perniagaan SMG, Lydia Wang, Prof Datuk Dr Elizabeth Lee dan Pengarah Kanan Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kemampanan (PACS) Coca-Cola Asean dan Pasifik Selatan operasi barat, Triyono Prijosoesilo pada pelancaran program Star Next-Gen Eco Innovators.

Berdasarkan laporan kemampanannya, syarikat itu menyatakan bahawa ia mengiktiraf tanggungjawabnya untuk membantu menyelesaikan cabaran sisa plastik kompleks yang dihadapi planet dan masyarakat.

"Strategi bercita-cita tinggi kami ini untuk memacu perubahan melalui ekonomi bulat bagi pembungkusan kami yang dipanggil 'Dunia Tanpa Pembaziran'.

"Strategi ini merupakan platform pembungkusan mampan global yang memfokuskan kepada matlamat asas ini: menjadikan 100 peratus pembungkusan kami boleh dikitar semula secara global menjelang 2025 dan menggunakan sekurang-kurangnya 50 peratus bahan kitar semula dalam pembungkusan kami menjelang 2030 (Reka Bentuk).

"Selain itu ia bermatlamat mengumpul dan mengitar semula botol atau tin untuk setiap satu yang dijual menjelang 2030 (Kumpul); dan menyatukan orang ramai untuk menyokong persekitaran yang sihat dan bebas serpihan (Rakan Kongsi)," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Universiti Sunway, Prof Datuk Dr Elizabeth Lee menekankan kepentingan kerjasama industri, kerana program seumpama ini penting untuk melengkapkan generasi peneraju dan inovator dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memperjuangkan usaha yang mampan pada masa depan.

"Program ini mencerminkan Matlamat Pembangunan Lestari 17 PBB, yang memberi tumpuan kepada perkongsian untuk pembangunan mampan. Akhirnya, ini bermakna kita mesti bekerjasama untuk mencipta impak yang lebih besar.

"Di Universiti Sunway, kemampanan bukan sekadar konsep - ia adalah sesuatu yang kita hayati. Adalah penting untuk bukan sahaja mengajar pelajar universiti tentang inisiatif yang mampan tetapi juga memimpin melalui teladan supaya mereka boleh menerima pakai nilai ini, berkongsi dengan orang lain, dan menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka dan seterusnya," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan pada pelancaran program Star Next-Gen Eco Innovators.

Suara muda menerajui kepimpinan

Program Star Next-Gen Eco Innovators akan diadakan di universiti di seluruh Lembah Klang, termasuk Universiti Sunway, Universiti UCSI, Universiti Taylor dan Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik.

Bakal berlangsung selama satu setengah hari, ia berpusat di sekitar bengkel pendidikan, yang direka untuk menggabungkan sisa plastik dan isu kemapanan dengan pemikiran praktikal dan penyelesaian masalah yang inovatif.

Dibahagikan kepada lima kumpulan, pelajar universiti akan dibimbing oleh fasilitator dan jurulatih yang akan menggunakan teknik pemikiran lateral seperti model SCAMPER (Substitute, Combine, Adaptasi, Modify, Put to another use, Eliminate and Reverse) untuk mencabar status quo dan meneroka kemungkinan baharu.

Pendekatan ini akan membantu mereka membayangkan ekonomi yang lebih bulat dan memikirkan semula cara bahan plastik digunakan, diurus dan digunakan semula.

SMG's STAR NEXT-GEN ECO-INNOVATORS campaign launch, in collaboration with Coca Cola. — FAIHAN GHANI/The Star

Lim Chu Rong.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Aktuari Universiti Sunway, Lim Chu Rong berkongsi keterujaannya menyertai program Star Next-Gen Eco Innovators, kerana dia sudah lama berminat dalam inisiatif alam sekitar, dan banyak terlibat dalam pelbagai projek eko sejak zaman sekolahnya.

"Apabila saya menyedari bahawa program ini berkaitan dengan alam sekitar, saya tidak sabar-sabar untuk mengambil bahagian kerana saya suah mempelajari lebih lanjut tentang prinsip ESG sejak dari universiti.

"Memandangkan Malaysia merupakan pengeluar utama dan pengguna plastik, program ini bukan sahaja membantu meluaskan pandangan saya, tetapi juga memperdalam pemahaman saya tentang ESG," ujarnya.

SMG's STAR NEXT-GEN ECO-INNOVATORS campaign launch, in collaboration with Coca Cola. — FAIHAN GHANI/The Star

Carol Chang.

Seorang lagi siswazah, Carol Chang, yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam kewangan menyatakan bahawa program itu adalah tempat pembelajaran yang ideal untuk siswa mendapatkan pandangan tentang amalan mampan buat generasi akan datang.

"Generasi saya tidak begitu terdedah kepada prinsip ini, jadi ini adalah peluang yang sangat baik untuk saya melangkah ke dunia ESG. Bukan sahaja saya akan belajar lebih lanjut tentang ESG dan kemampanan, saya juga akan menemui cara untuk mengintegrasikan prinsip dan amalan ini ke dalam kehidupan harian saya," katanya yang berusia 20 tahun.

Cadangan pengurusan sisa plastik pelajar universiti akan dinilai berdasarkan inovasi mereka, aplikasi dunia sebenar dan kemungkinan pelaksanaan dengan impak positif jangka panjang.

Dua pasukan teratas dari setiap universiti yang mengambil bahagian akan mara ke sidang kemuncak terakhir yang akan berlangsung pada 29 November depan, di mana mereka akan membentangkan idea kepada pemimpin industri.

Semua pasukan teratas akan menerima hadiah wang tunai dan trofi sebagai mengiktiraf pencapaian mereka. Pemenang hadiah utama bakal membawa pulang RM10,000, manakala naib juara akan menerima RM7,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Melalui inisiatif ini, SMG dan Coca-Cola Malaysia bukan sahaja menggalakkan generasi eko-inovator akan datang tetapi juga menangani salah satu cabaran alam sekitar yang paling mendesak pada zaman kita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain