suria

Ajaran sesat Aurad Muhammadiyah cuba dihidupkan semula... Pengerusi, pengetua madrasah ada kaitan GISBH ditahan!

Pengerusi dan pengetua sebuah madrasah ditahan pada Sabtu.

DUA individu iaitu pengerusi dan pengetua sebuah madrasah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ditahan kerana disyaki cuba menghidupkan kembali ajaran sesat, Aurad Muhammadiyah.

Difahamkan madrasah terbabit mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Untuk rekod, ajaran Aurad Muhammadiyah difatwakan haram di Negeri Sembilan pada tahun 2016.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, kedua-dua lelaki yang berumur 58 dan 51 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, sekitar pukul 9 malam pada Sabtu.

Penahanan mereka dibuat susulan serbuan yang dilakukan di madrasah itu pada 6 September lalu.

"Pada awalnya kita siasat mereka kerana menguruskan madrasah tersebut secara tidak berdaftar.

"Namun kemudian kami juga mendapati mereka cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiyah yang sudah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Negeri pada 2016," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Tambah Ahmad Zaki, mahkamah memutuskan kedua-dua mereka dilepaskan dengan bon jaminan dan diperintahkan membayar wang jaminan RM2,000 setiap seorang serta dua penjamin.

"Sebutan semula bagi pertuduhan ditetapkan 12 November depan," jelasnya.

Dalam pada itu, empat pembantu pengajar di madrasah berkenaan juga didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan amang seksual.

Tertuduh Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21 Muhammad Khunnais Fathie Khabil, 20 Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22 dan Muhammad Fawzun Azim Ismail, 20 masing-masing berdepan lima, enam, tiga dan enam pertuduhan.

Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain