suria

Impian derma sperma secara seksual musnah, lelaki kerugian lebih 20k diperdaya sindiket penipuan

Mangsa diperdaya penipuan berkaitan pendermaan sperma.

SEORANG lelaki berusia 49 tahun kerugian lebih RM20,000 selepas terpedaya dengan iklan dalam talian yang menawarkan pampasan lumayan kepada penderma sperma.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lee berkata, dia terpengaruh dengan iklan yang memaparkan imej wanita menarik seterusnya berkongsi maklumat peribadinya melalui borang dalam talian.

Ujarnya, tidak lama selepas itu, seorang individu yang mendakwa sebagai wanita dari Singapura bernama Chen menghubunginya di WhatsApp dan menyatakan program 'pendermaan sperma' itu akan melibatkan hubungan seksual.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, bagi meyakinkan mangsa tentang program tersebut, wanita terbabit turut menghantar gambar dirinya bersama-sama dengan mesej suara.

"Bagaimanapun, kami percaya gambar itu mungkin diambil daripada agensi peragaan,” katanya semasa sidang media pada Selasa.

Ujar Chong, masalah Lee bermula apabila Chen meminta bayaran awal RM1,000 ke akaun bank tempatan dan mendakwa dia perlu mendapatkan khidmat peguam.

Tambahnya, selepas pembayaran dilakukan, peguam yang sepatutnya menghantar kontrak kepada Lee melalui WhatsApp turut menawarkan RM1 juta jika dia berjaya membantu Chen hamil.

"Kontrak itu menjanjikan Lee bayaran pendahuluan sebanyak RM300,000 setelah ditandatangani dalam tempoh 48 jam, dan tambahan RM700,000 selepas pengesahan kehamilan.

"Peguam itu kemudian menuntut tambahan RM24,000 dalam 'yuran pemprosesan' sebelum RM300,000 itu boleh dimasukkan ke dalam akaun Lee," katanya sambil menyatakan perjanjian itu membawa nama firma guaman Malaysia.

Menurut Chong, mangsa hanya menyedari ditipu selepas peguam itu meminta wang tambahan sebanyak RM30,000.

"Hasil siasata, firma guaman terbabit mengesahkan Chen bukan anak guam mereka dan penipu telah menyalahgunakan nama mereka.

“Kami mengesyaki bahawa penipu adalah sebahagian daripada sindiket tempatan, kerana mereka menggunakan nama firma guaman tempatan,” jelas Chong. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain