suria

Tragis! Warga emas maut tersepit, anak cedera dalam nahas dua lori

Keadaan lori yang dinaiki mangsa selepas kemalangan berlaku.

SEORANG wanita berusia 74 tahun maut manakala anak lelakinya cedera selepas lori yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tanah berhampiran Teluk Intan, Perak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku di Jalan Sungkai Kampung Air Hitam kira-kira pukul 4 petang Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Yap Soh Choo.

“Anak mangsa yang berusia 43 tahun memandu lori satu tan sebelum melanggar belakang sebuah lagi lori yang mengangkut pasir.

“Kedua-dua ibu dan anak lelaki itu tersepit di dalam kenderaan.

“Lelaki itu cedera ringan, manakala wanita warga emas disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera diserahkan kepada anggota kesihatan, manakala mayat wanita dibawa polis untuk tindakan lanjut. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain