GEMPAR pendedahan di laman X mendakwa gula-gula dengan kesan mengkhayalkan mirip dadah dijual secara terang-terangan di platform e-dagang, TikTok. Menurut individu yang membuat pendedahan tersebut, ramai telah terpedaya dan terjebak membuat pembelian kerana menganggap ia hanya gula-gula biasa seperti lolipop. Individu berkenaan menggesa pihak pengurusan TikTok untuk mengambil tindakan segera bagi menyekat produk tersebut daripada terus dipasarkan secara berleluasa. "Moderator TikTok mohon periksa ruangan komen, ramai yang dah maklumkan dekat situ bahawa gula-gula tu dadah tapi tidak diberikan perhatian. Malah komen tu pula yang dipadam. ARTIKEL BERKAITAN: Khayal dalam pujian, gadis bertudung jadi pemuas nafsu lelaki secara online - “Aku dah mula post gambar pakai bra” "Alang-alang tu boleh juga sekat terus pemasaran rokok elektronik (vape) yang semakin berleluasa di TikTok ni. Tak risau ke kalau budak bawah umur mencuba? "Saya tak nafikan saya pun hisap vape, tapi kali ini saya sokong akta baharu yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perkenalkan," ujar individu tersebut. Untuk makluman, bermula 1 Oktober 2024, KKM akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam termasuk rokok elektronik yang bakal dikuatkuasakan. Menerusi hantaran sama oleh individu itu, dapat dilihat tangkap layar memaparkan komen beberapa pelayar yang melakukan urusan jual beli produk gula-gula tersebut. Biasakan diri untuk baca reviu dulu sebelum beli barang apa-apa, terutamanya produk makanan. INDIVIDU "Ada berapa lagi? Boleh cerita sikit tak macam mana 'pergi' gula-gula ni? Kesannya lebih kurang macam ganja je. "10 ketul gula-gula ni harga RM10. "Saya masih ada sikit lagi stok ni, siapa yang nak boleh roger. Kalau risau nak ambil depan-depan sebab takut kantoi, saya boleh tolong post," ujarnya. Menjengah ke akaun penjual gula-gula tersebut, di bahagian profilnya ada tertera mesej ringkas memaklumkan produk itu sesuai untuk kegunaan di kelab malam dan pusat karaoke. Namun hasil semakan mStar, akaun tersebut sudah dihapuskan di platform TikTok dan tidak dapat lagi ditemui menerusi enjin carian. Individu itu turut memberikan peringatan supaya orang ramai berwaspada ketika membeli produk secara dalam talian. "Biasakan diri untuk baca reviu dulu sebelum beli barang apa-apa, terutamanya produk makanan. Untuk kes produk ni, ramai dah beritahu yang ia adalah dadah," ujarnya mengakhiri kata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube