suria

Dua bayi dihanyutkan kepala air akibat terlepas dari pegangan ibu bapa, operasi mencari giat dijalankan

Insiden kepala air yang menggemparkan penduduk.

PASUKAN bomba dan penyelamat sedang giat melakukan usaha mencari dan menyelamatkan dua bayi yang hilang ketika banjir dan insiden kepala air di pedalaman Sook, Sabah.

Kedua-dua bayi, masing-masing berumur 2 bulan dan 2 tahun itu dikatakan dihanyutkan selepas terlepas daripada pegangan ibu bapa ketika banjir kilat melanda rumah mereka di Kg Dalit Sook pada petang Selasa.

Selain itu terdapat lima lagi mangsa yang dihanyutkan banjir dan mereka berjaya menyelamatkan diri.

Setakat ini pihak berkuasa masih belum mendedahkan butiran penuh kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 10.06 malam, namun pasukan penyelamat berjaya tiba sekitar pukul 3 pagi.

Pada masa ini, usaha mencari dan menyelamat melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta penduduk kampung sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai pada pagi Rabu memaklumkan kedua-dua mangsa masih belum ditemukan.

Manakala bu bapa mangsa yang turut mengalami kecederaan kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital daerah.

"Keluarga itu menetap di dalam kuarters pekerja di Karamatoi Ulu, Sook, Keningau. Rumah mereka terletak berhampiran dengan sungai, sekitar jarak 20 meter," ujarnya.

Tambahnya, Sungai Talangkai mula melimpah akibat hujan berterusan bermula pukul 5 petang.

Ia adalah kali pertama sungai tersebut melimpah, pihak berkuasa percaya ia berpunca daripada aktiviti pembalakan di hulu Sungai Talangkai. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain