MAYAT wanita yang dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa arus deras bersama anak lelakinya di Kampung Tanjung, Padang Terap, Kedah ditemukan pada pukul 7.45 pagi Ahad. Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim, mayat Salmah Mat Zain, 46, dijumpai 50 meter dari lokasi mayat anaknya ditemukan. Terdahulu, mayat Muhammad Rosman Rohadi, 19, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dijumpai pasukan penyelamat dalam keadaan tersangkut pada sisa pelepah kelapa sawit kira-kira pukul 5.25 petang Sabtu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Muhammad Rosman ditemukan kira-kira 150 meter dari lokasi dia dan ibunya dilaporkan hilang. Dalam kejadian pukul 8.15 pagi Sabtu, dua beranak itu dikatakan keluar untuk membeli nasi lemak dan kemudian cuba meredah banjir untuk pulang ke rumah mereka. Difahamkan penduduk kampung sudah cuba menasihatkan kedua-dua beranak tersebut agar tidak meneruskan hasrat mereka. Ketika meredah air banjir, kedua-duanya dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube