suria

Kecoh peserta larian berpakaian mencolok mata, promosi LGBT! Polis tahan 3 individu

Peserta acara larian yang mencetuskan kontroversi kerana pemakaian mereka.

GEMPAR apabila terdapat peserta mengenakan pakaian tidak senonoh dalam program larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Johor pada Sabtu.

Mereka turut dilihat mempromosikan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Susulan itu polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing di sebuah hotel di daerah Kota Tinggi, Johor sekitar pukul 10 malam pada Sabtu.

Antara elemen LGBT yang dikesan dalam acara larian.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 39 hingga 70 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Pihak polis turut merampas pakaian dan aksesori yang dipercayai dipakai semasa larian iaitu sepasang sari berwarna merah, skirt berwarna merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan sebatang tombak tiruan berwarna perak.

"Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, siasatan awal mendedahkan tindakan yang dilakukan ketiga-tiga suspek adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain