suria

Kereta dipandu terbakar, warga emas maut alami lecur 90 peratus

Keadaan kereta mangsa yang terbakar dalam kejadian pada petang Sabtu.

SEORANG warga emas maut selepas mengalami lecur 90 peratus apabila kereta yang dipandunya terbakar, dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.39 petang.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Treler terbakar sepenuhnya... Tiga maut kemalangan babit 7 kenderaan di Lebuhraya KL - Karak

"Kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil terbakar dan seorang lelaki warga emas berusia 80an melecur 90 peratus.

"Mangsa dipercayai dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain