suria

Kedai perabot dekat LDP hangus dijilat api

Tangkap layar video mengenai kejadian kebakaran.

SEBUAH kedai perabot dekat Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) hangus dijilat api.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petaling Jaya ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.46 malam Jumaat.

Jalan-jalan di sepanjang LDP juga sesak dengan kepulan asap yang kelihatan marak dari lokasi kebakaran.

Jalan menuju ke kawasan itu turut disekat oleh pihak berkuasa.

Dilaporkan, operasi berjaya terkawal pada jam 11.30 malam.

Sementara itu memetik Astro Awani, jurucakap berkata, setakat ini tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Tambahnya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu, tular video mengenai kejadian kebakaran di media sosial. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain