suria

Perhatian! Kedai dobi, tempat kerja kawasan baharu larangan merokok

Kedai dobi akan diwartakan sebagai kawasan baharu larangan merokok. -Gambar hiasan

BERMULA 1 Januari 2025, kedai dobi dan bangunan tempat kerja di kedua-dua sektor kerajaan dan swasta akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan lokasi terbaharu itu di bawah Tempat Dilarang Merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober.

Ia menjadikan sebanyak 28 tempat larangan merokok.

Dr Dzulkefly yang menyokong usaha ini sejak penggal pertamanya sebagai Menteri Kesihatan pada 2018, menzahirkan kesyukuran di atas perkembangan tersebut.

Semasa berkhidmat sebelum ini, beliau mengetuai kempen larangan merokok di kedai makan dan tempat awam, yang berjaya dikuat kuasakan pada Januari 2019.

"Saya bersyukur kedai dobi, yang menjadi tempat ibu-ibu dan keluarga sering membawa anak-anak mereka, kini diwartakan sebagai kawasan larangan merokok," kata Dr Dzulkefly pada sidang media, pada Jumaat.

Larangan itu turut dilanjutkan kepada bas-bas sekolah dan kenderaan pengangkutan awam.

Akta ini akan dikuatkuasakan dalam dua fasa: penguatkuasaan segera dan penguatkuasaan berasaskan pendidikan. Penguatkuasaan segera, yang bermula pada Selasa, menyasarkan penjualan produk merokok dalam bentuk permainan yang menarik minat kanak-kanak dan remaja, bertujuan untuk mengehadkan ketersediaan mereka, terutama kepada golongan bawah umur.

Selain itu, Akta tersebut melarang penjualan produk merokok di institusi pendidikan, kawasan pasar, platform dalam talian dan mesin layan diri. Segala bentuk iklan, promosi dan tajaan yang menyasarkan kanak-kanak dan belia untuk produk merokok juga dilarang berkuat kuasa serta-merta. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain