suria

Penganggur maki polis trafik mengaku tak bersalah

Tertuduh dibicarakan di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang.

SEORANG penganggur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang kerana memaki hamun anggota polis trafik yang menahannya atas kesalahan lalu lintas.

Bagaimanapun Goh Weng Keong, 25, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi pada Jumaat.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh yang belum berkahwin didakwa mengaibkan Koperal Nik Muhammad Faizal Nik Long, 40, dengan menghamburkan perkataan kesat kepadanya.

Weng Keong didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan stesen bas berhampiran Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang sekitar pukul 6.45 petang pada Rabu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengganggu kesantunan.

Terdahulu pada Khamis, suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Paya Terubong, Ayer Itam selepas disyaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis trafik.

Sebelum itu, tular video pendek memaparkan seorang penunggang motosikal memarahi anggota polis trafik dengan menggunakan kata-kata jelik. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain