SEORANG pegawai dan tiga anggota polis dipindahkan serta merta kerana menganjurkan parti persendirian di dalam pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sebuah ibu pejabat polis daerah. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil pemeriksaan mendapati seorang pegawai berpangkat koperal membawa masuk empat orang awam termasuk tiga wanita ke dalam premis pejabat ketika insiden pada 28 September lalu. "Kesemua individu berkenaan mendengar muzik yang dipasang dengan kuat sambil menjamah makanan ketika insiden itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ketua balai polis dan 2 rakan ditangkap berseronok di pusat hiburan, positif dadah "Merupakan satu kesalahan untuk membawa masuk orang awam ke dalam premis pejabat tanpa tujuan rasmi," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin. Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan. "Kami mengambil tindakan tegas untuk serta merta menukar tempat bertugas anggota polis terbabit. Mereka semua dipindahkan ke Johor dan Kelantan," ujarnya. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube