suria

Pekerja gerai roti canai cuci kuali dalam longkang... Sakan menyental guna air kotor!

Seorang pekerja gerai roti canai mencuci kuali menggunakan air longkang. -Foto media sosial

KLIP video memaparkan seorang pekerja sebuah gerai roti canai mencuci kuali dengan menggunakan air longkang menjadi tular sehingga mengundang kemarahan warga maya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kelihatan pekerja dipercayai bukan warga tempatan itu sedang bertinggung di dalam longkang sambil mencuci kuali.

Dia bagaimanapun kelihatan seperti kebingungan apabila aksinya dirakam dan kemudian berlalu pergi begitu sahaja.

"Penjual roti canai depan ni, mereka guna air longkang untuk cuci kuali... sangat kotor," kedengaran suara individu yang membuat rakaman berkenaan.

Bagaimanapun, lokasi gerai roti canai berkenaan tidak dinyatakan secara spesifik.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik, bersepah najis tikus! 3 kedai makan diarah tutup 14 hari

Selain di TikTok, video berkenaan tular di Facebook dan laman X.

Justeru, warga maya menggesa pihak berwajib melakukan siasatan dan mengambil tindakan dengan kadar segera terhadap gerai berkenaan kerana tidak menjada kebersihan.

"Ini kena bagi saman terus... tarik balik lesen!

"Viralkan tempat... jangan tak bagi tahu lokasi.

"Roti canai longkang.

"Dekat mana ni? Cepat pergi report," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain