suria

Jofliam tak pernah curang, tiada orang ketiga… Cik Epal mahu jaga aib bekas suami

Cik Epal berkata Jofliam tak pernah curang.

PERSONALITI media sosial, Cik Epal mengesahkan orang ketiga bukanlah isu yang menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Malah kata Cik Epal, bekas suaminya, Jofliam yang juga seorang usahawan tidak pernah curang sepanjang perkahwinan mereka.

“Aku tak nak jelaskan panjang lebar sebab tak nak sebarang ayat aku dimanipulasi.

“Cuma aku nak jelaskan, sepanjang perkahwinan kami, Jofliam tak pernah curang,” ujarnya.

Cik Epal berkongsi hal itu menerusi hantaran di Instagram Story pada Rabu malam.

Menurut Cik Epal, dia juga enggan membuka aib bekas suaminya dengan bercerita hal-hal yang tidak sepatutnya dikongsi kepada orang ramai.

cik epal 3

Jofliam dan Cik Epal berpisah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Malah katanya, dia berbangga pernah bergelar isteri kepada Jofliam yang dianggap sebagai bapa yang baik buat dua anak mereka.

“Setiap cerita kita kena dengar daripada dua-dua pihak untuk dihakimi. Aku memilih untuk tak bercerita side aku di public sebab tak nak ada aib bekas suami yang tersebar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam ceraikan Cik Epal... Jodoh berakhir selepas 10 tahun bersama

“Dia pernah jadi orang yang istimewa dalam hati aku, dulu dia sebahagian hidup aku. Aku bangga dengan kejayaan dia. Aku tak pernah malu gelarkan diri sebagai ‘isteri Jofliam’ sebelum ini.

“Dia tetap ayah yang bertanggungjawab untuk Han dan Yuki. Cukup 10 tahun, aku nak move on,” tulis Cik Epal sambil menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Jofliam.

mStar pada pagi Rabu melaporkan Cik Epal dan Jofliam berpisah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Pengesahan itu dibuat oleh Cik Epal sendiri menerusi laman Instagram.

Pada bulan lalu, Jofliam menerusi beberapa hantaran di Instagram Story turut mendedahkan rumah tangganya bersama Cik Epal sudah menemui titik noktah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain