suria

Jofliam ceraikan Cik Epal... Jodoh berakhir selepas 10 tahun bersama

Cik Epal akhirnya mendedahkan mengenai status hubungannya dengan Jofliam. -Foto IG Cik Epal

TANDA tanya mengenai kemelut rumah tangga usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Jofliam dan isterinya, dikenali sebagai Cik Epal akhirnya terjawab apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Menurut Cik Epal, dia kini sah bercerai dengan Jofliam setelah sedekad melayari bahtera perkawinan bersama lelaki berkenaan.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram Cik Epal pada pagi Rabu.

"10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja.

"Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya," tulisnya tanpa mendedahkan mengenai tarikh lafaz cerai.

c

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Mengulas lanjut, Cik Epal turut menzahirkan penghargaan sepanjang perkahwinan yang dibina selama sedekad.

Malah, wanita itu reda dengan ketentuan Ilahi sambil menambah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam dedah dirinya ‘bukan lagi suami sesiapa’, Cik Epal akhirnya bersuara isu rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Status hubungan dengan Cik Epal cetus tanda tanya, Jofliam dakwa difitnah curang - “Saya bukan lagi suami sesiapa”

"Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.

"Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita.

"Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik," katanya lagi.

Pada bulan lalu, Jofliam menerusi beberapa hantaran di Instagram Story mendakwa rumah tangganya bersama Cik Epal sudah menemui titik noktah.

Jofliam membuat pendedahan mengejutkan mengenai statusnya yang kini 'bukan lagi suami' kepada Cik Epal.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya memberi kata-kata semangat kepada Cik Epal supaya terus kuat menghadapi ujian berat yang dilaluinya bersama anak-anak.

Untuk rekod pasangan ini memiliki sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain