suria

Lepas main cium pula! Pekerja kedai roti francais dibuang kerja serta-merta… Premis ditutup sementara

Hantaran tular menunjukkan pekerja Auntie Anne's yang dikatakan mencium doh.

PEKERJA wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s dipecat selepas tular video dia bermain dan mencium doh roti tular di media sosial.

Menurut francais itu, pekerja terbabit diberhentikan serta-merta selepas perbuatannya mendapat perhatian dan mencetuskan kebimbangan netizen.

“Terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden yang melibatkan Alice Chang baru-baru ini.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Alice Chang bekerja dengan Auntie Anne’s Malaysia namun dia diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas pihaknya lagi, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.

Malah tambahnya, rangkaian makanan berkenaan tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Sebagai sebahagian daripada langkah proaktif cawangan Midvalley ditutup buat sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

“Kedai akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

“Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami yang dihargai pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain