suria

Masuk kedai buka zip seluar, tunjuk alat sulit depan pelanggan lain... Lelaki gatal diburu polis

Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki kedai. Foto PDRM

SEORANG lelaki kini diburu polis kerana berkelakuan lucah di sebuah kedai di Subang Bestari dekat Sungai Buloh, Selangor.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor susulan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian yang berlaku pada Isnin.

Menurut beliau, laporan polis dibuat pengadu yang merupakan remaja perempuan berusia 18 tahun, pada pukul 1.24 tengah hari Isnin.

"Remaja itu bersama rakannya berada di dalam premis ketika itu, suspek kemudian masuk dan duduk di meja berhadapan dengan mereka.

"Suspek bertindak membuka zip seluar dan menunjukkan alat sulitnya di hadapan pengadu dan rakan-rakannya," katanya dalam kenyatan, pada Rabu.

Susulan perbuatan tidak senonoh lelaki itu, katanya, remaja berkenaan dan rakan-rakannya keluar dari premis tersebut.

Mohd Hafiz memberitahu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu tindakan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan atau boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat, Sarjan Darul Salam Mohamed di talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain