suria

Hujan lebat, Ahli Parlimen terperangkap dalam banjir... Sidang Dewan Rakyat ditangguh sementara

Keadaan banjir di jalan menuju Parlimen, pada pagi Selasa.

BANJIR kilat dilaporkan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur berikutan hujan lebat pada pagi Selasa.

Banjir itu juga menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan sidang Parlimen ditangguhkan sementara akibat beberapa Ahli Parlimen terperangkap dalam banjir.

Beliau menggunakan Peraturan Mesyuarat 12(2) untuk penangguhan sidang tersebut.

Semakan mendapati beberapa jalan menuju ke Parlimen ditenggelami air akibat hujan lebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat akibatkan banjir kilat di KL

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan berlaku banjir kilat di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) antara Bandar Utama dan Taman Tun Dr Ismail sudah surut sepenuhnya.

Terdahulu, banjir kilat menyebabkan dua lorong lebuh raya itu ditutup sementara selepas ditenggelami air. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain