BANJIR kilat dilaporkan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur berikutan hujan lebat pada pagi Selasa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai banjir kilat dari kebanyakan lokasi di ibu negara. "Makluman hujan lebat dan air bertakung di sekitar pusat bandar. Berhati-hati ketika memandu," menurut KLCCC DBKL di laman X, pagi Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat, Ahli Parlimen terperangkap dalam banjir... Sidang Dewan Rakyat ditangguh sementara Sehubungan itu, pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu di jalan raya. Turut dilaporkan Terowong Lebuh Raya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna pada pukul 10.50 pagi Selasa, bagi persediaan operasi banjir. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube