suria

Bajet 2025: Kebajikan warga emas lebih terjamin, pelepasan cukai perbelanjaan diperluas

Kebajikan warga emas turut menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2025.

BERITA gembira menanti golongan warga emas apabila kerajaan mengumumkan peruntukan kebajikan ditingkatkan mencecah RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.

"Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan disemak semula.

"Ini bagi memelihara kebajikan dan menjamin penjagaan warga emas," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat.

Berikut adalah aspek pelepasan cukai yang akan disemak semula :-

- Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan.

- Pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa.

- Pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek.

- Potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain