suria

Bajet 2025: Pemilik rumah pertama dapat pelepasan cukai sehingga RM7,000

Kerajaan menggalakkan pemilikan rumah pertama dengan memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000. -Gambar hiasan

KERAJAAN bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu bagi pemilikan rumah pertama sehingga RM7,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai itu bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama dalam kalangan rakyat.

"Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan.

"Pelepasan cukai sehingga RM7,000 itu diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bajet 2025: Pelepasan cukai premium insurans pendidikan, perubatan naik kepada RM4,000

ARTIKEL BERKAITAN: Tambah duit tunai dalam poket... Anwar umum STR naik kepada RM4,600

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, pelepasan cukai sehingga RM5,000 turut diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.

"Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027," katanya.

Belanjawan 2025 bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', merupakan belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain