DIBOGELKAN, kemudian dirogol! Tidak cukup dengan itu dia juga dicucuh dengan pemetik api serta direjam dalam kolam kerana enggan memuaskan nafsu. Itu situasi yang dialami bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), Ummu Atiyyah As'shari. Wanita berusia 41 tahun itu yang juga anak kepada pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad mendakwa dia diperlakukan demikian selepas dipaksa berkahwin dengan seorang pimpinan tertinggi kumpulan berkenaan. "Saya dipaksa berkahwin menerusi WhatsApp pada 2015. Arahan perkahwinan itu dikatakan dibuat oleh Rasulullah dan Abuya, sedangkan ayah saya sudah meninggal dunia pada 2010. "Saya ingin dijadikan isteri keempat dan sememangnya saya tidak mahu kerana dia seorang lelaki tua, boroi dan saya memang jijik serta geli dengannya. Sejurus dapat mesej berkenaan saya lari ke rumah kawan, kejadian ini di Jordan," katanya ketika ditemui di Binjai 8 Premium Soho, Kuala Lumpur pada Jumaat. Lima mangsa GISBH bersama barisan peguam mengadakan sidang media di Kuala Lumpur. Hadir sama pada pertemuan itu ialah barisan peguam daripada Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. Tambah Ummu Atiyyah, selepas itu lelaki berkenaan bersama pengikutnya datang ke rumah rakannya dan memaksa dia untuk menyerah diri. Selepas dipaksa bernikah, wanita itu kemudian dibawa ke Turkiye bagi mengelak dia melarikan diri berikutan mempunyai ramai kenalan di Jordan. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah taubat, GISBH tak ikut amalan sesat Al-Arqam - Anak Ashaari Muhammad ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut wanita lebih taasub, kuat pegangan doktrin... Sanggup ingkar arahan suami tinggalkan GISBH demi pemimpin! "Di Turkiye saya dicucuh dengan pemetik api kerana enggan bersama dengan lelaki itu. Saya juga direjam dalam kolam, semua ini dilakukan oleh adik saya sendiri yang menjadi pengikut lelaki berkenaan. "Adik saya kata lepas rejam boleh tak tunjuk badan dan buah dada kepada lelaki itu. Saya terpaksa katakan ya kerana keadaan diri sangat teruk pada masa itu," katanya. Sejurus dibawa keluar daripada kolam, Ummu Attiyah mendakwa dia dilibas dengan paip getah oleh adiknya sebelum dibawa ke rumah lain. "Lelaki itu datang kemudian bogelkan saya. Akhirnya dia rogol saya. Di sini saya nak beritahu betapa bernafsunya dia... amat tidak bermaruah. Bayangkan saya anak kepada Abuya pun diperlakukan dengan kejam, apatah lagi orang lain. UMMU ATTIYAH "Saya kerap melarikan diri ke rumah penduduk tempatan, hingga orang Turkiye mengesyaki sesuatu dan akhirnya saya dibawa mereka ke Indonesia," jelasnya. Ummu Attiyah berkata selepas tempoh masa tertentu dia akhirnya berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh neneknya. "Bayangkan... saya anak kepada Abuya pun diperlakukan dengan kejam, apatah lagi orang lain," katanya. Sementara itu, seorang lagi bekas pengikut GISBH yang ingin dikenali sebagai Zoey Bella mendakwa dia dipaksa bernikah pada usia 17 tahun tanpa pengetahuan ahli keluarganya, juga pengikut kumpulan berkenaan. Zoey Bella (tengah) menjadi mangsa kahwin paksa dan keganasan rumah tangga. "Saya dipaksa berkahwin dengan lelaki yang pernah berkahwin dan mempunyai kes pukul isteri. Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya mempunyai 13 orang anak dengan empat daripadanya meninggal dunia. "Mentaliti mereka, bagi yang merancang perkahwinan ia ibarat membuat kerja Tuhan dengan menghalang Allah daripada memberi anak," katanya. Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa sepanjang perkahwinan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan diketahui pihak atasan. "Pihak atasan tidak pernah ambil peduli, bukan saya sahaja jadi mangsa keganasan malah semua anak saya juga turut menjadi mangsa. "Anak yang paling kecil berusia lima bulan juga pernah dihentak ke dinding," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube