suria

Baru sehari kerja, Alice Chang dipecat lagi! Buat hal langgar polisi di outlet Nando’s

Alice memuat naik foto di tempat kerja menerusi akaun media sosial peribadinya.

PEKERJA wanita yang dipecat kerana mencium doh roti di salah sebuah francais Auntie Anne’s Kuala Lumpur sehingga outlet itu ditutup sementara, sekali lagi diberhentikan dari sebuah restoran makanan segera.

Wanita berkenaan dipecat dari salah sebuah cawangan Nando’s di ibu kota.

Nando's Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan bahawa wanita tersebut dikenali sebagai Alice Chang.

"Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan anda mengenai pengambilan Alice Chang sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando's baru-baru ini.

"Semasa proses temuduga, Alice tidak memaklumkan sepenuhnya tentang sejarah kerjanya yang lalu," menurut kenyataan itu.

Tindakan diambil selepas Alice mengambil gambar swafoto (selfie) bersama rakan sekerja di tempat kerja serta makanan lalu memuat naik di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas main cium pula! Pekerja kedai roti francais dibuang kerja serta-merta... Premis ditutup sementara

"Hari ini saya bekerja di Nando's S***y P**d," tulis Alice di ruangan kapsyen dalam bahasa Inggeris.

Susulan tindakannya itu, Alice yang melapor diri untuk bertugas pada Khamis dianggap telah melanggar polisi syarikat kerana memuat naik beberapa gambar termasuk kawasan sulit premis Nando's di akaun media sosial peribadinya.

"Sehubungan dengan itu, Alice telah diberhentikan serta-merta dan meninggalkan premis kami.

"Bagi memastikan keselamatan semua pihak, kami telah mengambil langkah segera dengan melakukan sanitasi menyeluruh dan memastikan tiada risiko lanjutan," katanya.

Alice memuat naik foto di tempat kerjanya.

Jelas pihaknya lagi, Nando’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.

"Kami komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan kami.

"Kami menghargai sokongan dan kepercayaan anda dalam membantu kami mengekalkan standard perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti," katanya.

Pada 8 Oktober, Alice dipecat dari salah sebuah francais Auntie Anne’s selepas video dia bermain dan mencium doh roti tular di media sosial.

Susulan kejadian itu, outlet di cawangan Midvalley mengambil langkah proaktif dengan membuat penutupan sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain