suria

Remaja perempuan 17 tahun maut, tinggal bersendirian sebelum rumah terbakar

Mayat remaja perempuan berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -Foto ihsan bomba

SEORANG remaja perempuan ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Saujana Impian, Kajang, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Khamis.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mangsa berusia 17 tahun dipercayai bersendirian di rumah sebelum kebakaran berlaku.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.20 petang.

Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Bangi serta Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Pesara TM rentung bersama mesin rumput, insiden depan rumah tak disedari isteri dementia

"Komander Operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat.

"Anggota menemui seorang remaja perempuan dalam keadaan terbakar di dalam bilik tingkat atas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan mendapati rumah berkenaan musnah 60 peratus.

Api berjaya dipadam sepenuhnya dalam masa 10 minit.

Operasi turut melibatkan unit anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain